PERINGATAN SEMASA PERALIHAN MONSUN

PERINGATAN SEMASA PERALIHAN MONSUN

Bermula 14 Mac 2022, fasa peralihan monsun dijangka bermula sehingga pertengahan Mei ini. Kejadian ribut petir dijangka akan berlaku bersama hujan lebat dan angin kencang pada waktu yang singkat. Risiko banjir kilat akan meningkat dan amat bergantung kepada keupayaan sungai, sistem saliran, kolam takungan, pintu air, rumah pam, pam mudah alih dan infrastruktur banjir yang sedia ada. Orang ramai terutamanya yang tinggal di kawasan rendah harus sentiasa berwaspada, peka dan bersiap sedia menghadapi banjir. Orang ramai juga diingatkan untuk tidak membuang sampah merata-rata dan menjaga persekitaran supaya saliran sungai dan sistem saliran tidak terhalang.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …