PROGRAM JPKM: MARTABATKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Akses Pendidikan Kepada Semua)

Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dapat membantu merealisasikan hasrat pelajar luar bandar dan pedalaman ke menara gading, kata YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

JPKM yang berlangsung selam tempoh dua bulan bermula 6 Mac hingga 30 April tahun ini mensasarkan seramai 50,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tercicir untuk melanjutkan pelajaran ke IPT awam serta swasta.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Induk JPKM, Professor Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar turut menjelaskan bahawa JPKM adalah Program Khas Perdana Menteri yang dianjurkan untuk menyediakan peluang kedua kepada pelajar lepasan SPM dan STPM melanjutkan pelajaran ke IPT dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

 

Sumber:

Utusan Malaysia

Laman Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut