MASJID KARIAH KUALA SAWAH TERIMA RM 40,000 BANTUAN BANJIR

   

SEREMBAN, 13 Mac – Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Cawangan Seremban 2 telah menganjurkan Program Israk Mikraj Perdana bertempat di Masjid Kariah Kuala Sawah malam tadi.

Program telah dimulakan dengan persembahan qasidah dan disambung dengan ceramah khas disampaikan oleh Rektor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Prof. Madya Dato Dr. Mohd. Farid Ravi Abdullah.

   

Dalam majlis yang sama, MAINS turut menyampaikan cek bantuan bencana banjir sebanyak RM40,000 untuk masjid tersebut disempurnakan Pengerusi MAINS, Dato’ Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir diiringi setiausahanya, Zainal Said dan telah diterima Pengerusi Masjid Kariah Kuala Sawah, Md. Miswan Abd Manan.

Setakat ini, amanah zakat untuk bantuan banjir kepada institusi-institusi telah mencapai jumlah RM1.36 juta dengan 15 buah masjid telah menerima bantuan RM40,000 setiap masjid, 13 buah surau sebanyak RM20,000 setiap surau, pusat pendidikan kerajaan sebanyak RM60,000 dan 11 buah pusat pendidikan persendirian sebanyak RM40,000 bantuan setiap satu.

     

Sumber : FB Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …