PROGRAM JUALAN KELUARGA MALAYSIA (PJKM) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG PARLIMEN BUKIT GELUGOR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

PULAU PINANG, 14 Mac 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah menganjurkan satu lagi Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) pada 13 Mac 2022 di hadapan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Blok A, Taman Tun Sardon. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan mendapat sambutan daripada penduduk setempat untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan asas yang dijual dengan harga yang lebih murah berbanding pasaran.

Program PJKM sering mendapat sambutan walau di mana pun ianya diadakan. Sebagai salah satu inisiatif melalui Aspirasi Keluarga Malaysia, PJKM bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Walaubagaimanapun, orang ramai yang berkunjung ke PJKM dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Sumber : Laman FB KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

JANGAN CEPAT LABEL ANAKNAKAL (JENIS 3: GEMAR MELUKIS DI MANA-MANA BENTUK KECERDASAN ANAK)

Ada ibu bapa yang pening apabila melihat dinding rumah, meja atau buku dipenuhi contengan anak. Walaupun perbuatan itu perlu ditegur, …

JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL (JENIS 2: TIDAK BOLEH DUDUK DIAM)

Ada anak yang sukar duduk diam walaupun hanya beberapa minit. Mereka gemar berlari, memanjat, melompat dan sentiasa bergerak ke sana …

JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL (JENIS 1: SUKA BERTANYA TANPA HENTI)

Setiap kanak-kanak mempunyai cara belajar, berfikir dan mengekspresikan diri yang berbeza. Namun, tidak dinafikan ada ibu bapa yang mudah melabel …