EKSPORT NEGERI PULAU PINANG TERTINGGI BAGI BULAN JANUARI 2022 UNTUK BARANGAN ELEKTRONIK & ELEKTRIK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

TERAS 5: KEUTUHAN EKONOMI

14 Mac 2022 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan statistik Eksport Import bagi negeri-negeri di Malaysia untuk bulan Januari 2022. Negeri Pulau Pinang telah mencatatkan rekod tertinggi bagi eksport barangan Elektrik dan Elektronik (E&E) iaitu sebanyak RM26.2 bilion di ikuti dengan negeri Selangor sebanyak RM6.0 bilion dan negeri Johor RM4.8 bilion. Nilai eksport barangan E&E yang direkodkan negeri Pulau Pinang telah mewakili separuh daripada nilai keseluruhan eksport E&E iaitu sebanyak 58.5%, Selangor 13.3% dan Johor 10.7%. Rekod eksport E&E bagi Malaysia untuk bulan Januari 2022 adalah bernilai RM44.8 bilion, 40.4% daripada jumlah eksport pada bulan Januari 2022.

Dari sudut pandang ekonomi Malaysia bagi bulan Januari 2022, negara kita telah mencatatkan RM203 bilion jumlah dagangan pada bulan Januari 2022 dengan peningkatan sebanyak 24.8% dari tahun ke tahun. Nilai sektor eksport direkodkan bernilai RM110.7 bilion dengan peningkatan sebanyak 23.5% dari tahun ke tahun dan nilai bagi sektor import adalah RM92.3 bilion, peningatan sebanyak 26.4% dari tahun ke tahun.

Semoga Malaysia, Negeri Pulau Pinang dan negeri-negeri di Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang rancak dan ekonomi rakyat yang makmur dan sejahtera dengan membawa nama dan ekonomi Malaysia megah di persada dunia.

Sumber:

Laman Web Jabatan Perangkaan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut