PENCEGAHAN PENULARAN VARIAN OMICRON

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN NEGARA (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Kes pertama varian Omicron (B.1.1.529) telah dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) oleh Afrika Selatan pada 24 November 2021 daripada spesimen ujian yang telah diambil pada 9 November 2021. Varian Omicron yang mempunyai 32 mutasi pada protein spike ini telah tersebar dengan cepat di seluruh dunia. Justeru, pada 26 November 2021, WHO telah mengisytiharkan varian Omicron sebagai Variant of Concern (VOC) dan menggantikan varian Delta sebagai varian dominan.

Sehingga 20 Februari 2022, 169 negara telah melaporkan pengesanan sebanyak 1,571,345 kes varian Omicron di media dan internet.

Kini, Malaysia sedang menghadapi gelombang varian Omicron, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk infografik bagi cadangan langkah pencegahan penularan varian Omicron menurut World Health Organization (WHO).

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

Laman Web Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut