DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Pada 11 Mac 2022, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan pemeriksaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum Ayam & Telur Ayam, Pemeriksaan Bekalan Test Kit COVID-19, Pemeriksaan Tanda Harga & Pemeriksaan Alat Timbang serta pemeriksaan dibawah akta-akta yang dikuatkuasakan di bawah kementerian.
Pemeriksaan dilakukan oleh 3 orang pegawai terhadap 36 premis perniagaan di sekitar Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
SOP PPN Fasa 4 (Pemerdagangan Pengedaran) boleh dirujuk melalui Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN). Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan salah laku boleh membuat aduan di talian :
e-aduan.kpdnhep.gov.my
Tel : 04-2552456 (KPDNHEP Cawangan Timur Laut)
Whatsapp : 019-2794317 (Aduan Pengguna)
Sumber:
Laman Facebook KPDNHEP Pulau Pinang