DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)
GEORGETOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang memerlukan tempoh selama tiga minggu bagiย melakukan persediaan dari segi Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk menerima kehadiran pelancong sebelum pintu sempadan negara dibuka pada 1 April depan.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan sejak dua bulan lalu untuk menyambut kedatangan pelancong terutama dari luar negara ke Pulau Pinang. Antaranya ialah lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan memperhalusi SOP bagi memastikan pembukaan pintu sempadan dapat dilaksanakan dengan selamat.
Tiga minggu sebagai tempoh persediaan dan penampan untuk negeri Pulau Pinang menerima kemasukan pelancong melalui laluan darat, udara dan laut. Persiapan-persiapan ini perlu diperhalusi.
Kata Kon Yeow, walaupun persiapan rapi telah dibuatย namun bergantung kepada pelancong luar negara sama ada mereka mahu memasuki Malaysia atau tidak dalam tempoh ini atas tujuan perlancongan, perniagaan atau sebagainya.
Sumber: