OPERASI ANTI LITTER OLEH MBPP DI LEBUHRAYA BERKEMBAR BUKIT KUKUS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

 Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus sering menjadi tumpuan orang ramai sejak ianya dibuka. Lebuhraya tersebut menjadi tumpuan dan perhentian untuk menangkap gambar sehingga terpaksa dipantau oleh pihak berkuasa tempatan.

Namun begitu, masih terdapat individu yang tidak bertanggungjawab sehinggakan sampah yang terdiri daripada bungkusan air, puntung rokok, bekas makanan segera, tisu dan plastik bersepahan di atas lebuh raya tersebut.

Oleh yang demikian,  Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menjalankan beberapa operasi Anti Litter di Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.

Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan Majlis menasihatkan orang ramai yang berkunjung ke kawasan tersebut untuk bersama-sama menjaga kebersihan bagi memastikan keindahan lebuhraya itu tidak tercemar.

 

Sumber:

Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut