KPDNHEP SEBERANG PERAI UTARA KOMITED MENERUSKAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT  (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan pemeriksaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, Pemeriksaan Bekalan Ayam dan Telur Ayam, Bekalan Tepung Gandum, Bekalan Minyak Masak serta Pemeriksaan RTK Test Kit Covid-19 pada 10 Mac 2022 yang dijalankan di premis sekitar Sungai Puyu, Butterworth, Seberang Perai Utara.  Pemeriksaan telah dilaksanakan oleh tiga (3) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Seberang Perai Utara melibatkan enam (6) buah premis. Satu (1) tindakan kes dihasilkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Sumber : FB KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …