KRISIS BEKALAN AIR DI WP LABUAN

WP LABUAN – Penduduk Labuan berdepan gangguan bekalan air selama tiga hari yang bermula pada hari semalam. Pengarah Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan, Pn. Trinil Indah Puspita berkata, bekalan air ke hampir 27 buah kampung dan kawasan kediaman telah dipotong buat sementara waktu sekurang-kurangnya 72 jam, susulan penutupan paip utama fasa dua dari tangki penerima di Pulau Enoe. Ini berikutan kerja-kerja pembaikan kebocoran paip utama berukuran 800 milimeter tangki imbangan di Jalan Rancha-Rancha.
Ia merupakan paip utama yang membekalkan air dari Pulau Enoe ke loji rawatan Jalan Kolam. Gangguan air berlaku sehingga Sabtu ini serta menjejaskan hampir semua kampung dan kawasan perumahan kecuali Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Kampung Sungai Miri dan Sungai Lada yang menerima bekalan dari Loji Rawatan Air Sungai Pagar. Selain itu, kawasan Patau-Patau termasuk kawasan tertentu di Sungai Keling yang menerima bekalan dari Tangki SGI. Jelasnya, JBA akan menghantar bekalan air ke tangki sedia ada di semua kawasan terjejas.
Sumber: BES LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut