???????? : Sebanyak 20 ribu ekor benih ikan lampam sungai telah dilepaskan di bekas lombong Lubuk Kempas dengan mendapat kerjasama baik dari Komuniti myKP Siliau Baharu yang telah ditubuhkan pada 2 tahun yang lepas.
Program ini telah disempurnakan oleh Cik Doreen Wee Siew Leen, Ketua Cawangan Pengurusan & Perlindungan Sumber NS; Tuan Muhammad Nizam bin Jusoh, Penghulu Mukim Rantau; Puan Ruzaini binti Md Radzi, Ketua Daerah Perikanan Seremban dan komuniti myKP Siliau Baharu.
Semoga stok ikan asli sedia ada di lombong ini dapat ditingkatkan dan seterusnya menambah rezeki nelayan darat serta pemancing rekreasi yang menangkap ikan di lombong tersebut. Kepelbagaian ikan yang ada tidak boleh disangkal apabila salah seorang nelayan darat dapat menaikkan ikan tongsan sisik halus seberat 16 kg.
Selain itu, hasil tangkapan nelayan darat antaranya ikan tilapia, sepat, lampam dan jelawat juga dijadikan produk hiliran ikan pekasam.
Sumber : FB Pejabat Perikanan Negeri Sembilan