TOKONG GUA KELAWAR PULAU PINANG MUSNAH DALAM KEBAKARAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)

GEORGETOWN , 11 Mac 2022 – Sebuah tokong di Jalan Pokok Ceri Air Itam musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada awal pagi 10 Mac 2022. Kejadian tersebut disedari oleh pekerja kuari berhampiran sebelum mereka membuat panggilan menerusi talian kecemasan.

Anggota BOMBA dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong bersama-sama anggota dari BBP Jalan Perak dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran telah bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan. Operasi turut membabitkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) selain PBS Bukit Bendera, PBS Paya Terubong, PBS Kampung Pisang dan PBS Bagan Ajam.

Pihak BOMBA mendapati kebakaran tersebut melibatkan Tokong Gua Kelawar (Bats Cave Temple) dengan anggaran keluasan 20 x 100 kaki persegi. Kemusnahan dianggarkan sebanyak 90 peratus dan tiada kemalangan jiwa berlaku. Difahamkan tokong lama itu dianggarkan berusia lebih 200 tahun dan unik berikutan ribuan kelawar tinggal di gua berhampiran rumah ibadat berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Pulau Pinang turut berkesempatan mengadakan lawatan prihatin ke Tokong Gua Kelawar pada hari ini. Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri punca kebakaran dan berjumpa dengan AJK tokong tersebut.

Dalam lawatan ini, beliau menyarankan pihak AJK yang dilantik untuk mengambil ikhtibar dari kejadian ini dan memberi nasihat serta penerangan berkaitan langkah keselamatan yang perlu diambil supaya kejadian yang mengakibatkan kerugian yang besar ini tidak lagi berulang di masa akan datang. Turut hadir sama dalam lawatan tersebut ialah YB. Joseph Ng Soon Siang, ADUN Ayer Itam Pulau Pinang dan YDH ACP Soffian bin Santong, Ketua Polis Daerah Timur Laut.

Sumber : FB PDRM Pulau Pinang dan Harian Metro Online

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut