KESEDARAN KESELAMATAN SIBER

KESEDARAN KESELAMATAN SIBER (CYBER SECURITY AWARENESS)

Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, dan propaganda disebarkan melalui Internet.

Berikut merupakan kesedaran keselamatan siber dalam kemas kini perisian keselamatan. Antaranya ialah lengkapkan komputer dan gajet dengan perisian keselamatan terkini seperti anti-virus. Seterusnya, elakkan daripada menggunakan perisian keselamatan yang telah tamat tempoh. Akhir sekali, gunakan perisian yang tulen. Semoga tips ini dapat membantu kita melindungi komputer dan gajet daripada jenayah siber masa kini. #KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Sumber: Jabatan Penerangan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …