KESEDARAN KESELAMATAN SIBER – KEMAS KINI PERISIAN KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pembangunan Kesedaran, Keupayaan dan Pendidikan Keselamatan Siber dan Teknologi)

Perisian keselamatan adalah apa-apa jenis perisian yang menjamin dan melindungi komputer, rangkaian atau mana-mana peranti yang dibolehkan pengkomputeran. Ia menguruskan kawalan akses, menyediakan perlindungan data, menjamin sistem terhadap virus dan intrusi jaringan / Internet, dan mempertahankan terhadap risiko keselamatan peringkat sistem lain.

Berikut merupakan kesedaran keselamatan siber dalam kemas kini perisian keselamatan:

• Melengkapkan komputer dan gajet dengan perisian keselamatan seperti anti-virus dan anti-spyware terkini;
• Mengelakkan daripada menggunakan perisian keselamatan yang telah tamat tempoh; dan
• Menggunakan perisian yang tulen.

Sebagai langkah tambahan untuk mengukuhkan keselamatan siber, pengguna perlu memastikan kata laluan yang digunakan adalah unik dan selamat serta berwaspada terhadap mesej dan kandungan yang mencurigakan. Ini dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

Sumber : Laman Facebook Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …