14 PATI DITAHAN CUBA MASUK MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 1: KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH (Pencerobohan dan Pembolosan Sempadan)

GEORGETOWN, 10 Mac 2022 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang telah menahan 14 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki perairan negara di sini pada pagi Rabu.

Menurut Agensi Maritim Malaysia Pulau Pinang, kesemua PATI tersebut ditahan melalui Op Pertiwi selepas menerima maklumat daripada komuniti nelayan mengenai sebuah bot yang mencurigakan kira-kira jam 9.30 pagi. Hasil maklumat itu sepasukan anggota Maritim Malaysia Pulau Pinang telah berjaya mengesan sebuah bot kayu yang dipercayai dari Indonesia bersama 14 penumpang di kedudukan 2.9 batu nautika barat daya Sungai Pinang.

Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed, memaklumkan empat (4) individu dari bot tersebut telah terjun ke dalam laut apabila bot peronda agensi tersebut menghampiri mereka sebagai usaha untuk melarikan diri, namun usaha mereka ternyata sia-sia selepas berjaya ditahan.

Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang melalui kenyataannya pada hari ini memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka dipercayai warga Indonesia berusia 21 hingga 51 tahun termasuk tekong dari daerah Seruway Acheh cuba memasuki negara melalui jalan laut yang tidak diwartakan. Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes ini akan disiasat di bawah bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan melakukan aktiviti penyeludupan migran dan memasuki negara melalui pintu yang tidak diwartakan.

Sumber berita dan gambar :

SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

SEMAK TAKWIM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM)

Jangan susah hati. KPDN dah sediakan 3 cara pantas untuk semak takwim PJRM. Selain daripada portal rasmi dan aplikasi mudah …

APA ITU i-KAD?

𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan …

PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, …