FASA PERALIHAN KE ENDEMIK RANCAKKAN SEMULA PERNIAGAAN LABUAN

WP LABUAN, 9 Mac – Keputusan kerajaan Persekutuan meletakkan negara memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini, disifatkan sebagai pemacu bagi merancakkan semula sektor perniagaan Labuan.

 

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan Mohd Hafiez Mohd Daud berkata langkah itu turut membuktikan bahawa kerajaan Persekutuan mengambil maklum terhadap kesukaran yang dialami oleh rakyat serta komuniti perniagaan yang terpaksa mengharungi cabaran ketika tempoh pandemik berkenaan.

 

“Kehidupan rakyat terjejas teruk manakala perniagaan pula terpaksa menanggung rugi sehinggakan ramai yang terpaksa bertindak menamatkan operasi perniagaan masing-masing.

 

“Oleh itu, fasa peralihan ke endemik ini merupakan penggerak dalam memacu kesejahteraan rakyat dan perniagaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

 

Mengulas selanjutnya, Mohd Hafiez berkata pelaksanaan fasa peralihan itu dijangka membantu memulihkan perniagaan apabila waktu operasi masing-masing kembali kepada asal.

 

“Labuan perlu mematuhi arahan berkaitan menamatkan sekatan dan melaksanakan waktu operasi ditetapkan agar dapat kembali rancak dan menghidupkan semula aktiviti perniagaan di pulau bebas cukai ini.

 

“MKN Labuan telah menyaksikan sendiri bagaimana impak COVID-19 ke atas semua perniagaan di sini. Justeru, tiba masanya bagi Labuan untuk turut sama menyertai usaha fasa peralihan tersebut agar penduduk dapat kembali kepada kehidupan biasa selepas mengharungi cabaran pandemik selama dua tahun,” katanya.

 

Mohd Hafiez juga menyifatkan keadaan sekarang sebagai bertepatan dalam usaha untuk mencapai keseimbangan antara keselamatan kesihatan awam dan kelangsungan ekonomi.

 

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik COVID-19 bermula 1 April ini dengan waktu operasi perniagaan kembali kepada asal mengikut ketetapan lesen masing-masing.

Sumber: BERNAMA

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …