SIJIL PERAKUAN KEKOMPETENAN MEMBUKA PELUANG NELAYAN UNTUK TAMBAH PENDAPATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Pengurusan Peluang Pekerjaan Warga Tempatan)

 

Kumpulan pertama terdiri daripada 10 nelayan yang terlibat dengan Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Selatan (PSR) berjaya lulus dan mendapat Sijil Perakuan Kekompetenan (COC) bagi membolehkan mereka bekerja sebagai pelaut di perairan Malaysia. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Infrastruktur Pulau Pinang (PIC), Dato’ Seri Farizan Darus, melalui sijil tersebut, mereka berpeluang memberi perkhidmatan pengangkutan bot untuk pekerja pembinaan dan pelancongan pada masa hadapan sebagai sumber pendapatan harian mahupun alternatif.

Melalui projek PSR serta perancangan-perancangan pada masa hadapan, kemungkinan perkhidmatan ini juga dapat diperluaskan ke kawasan lain. Mengulas mengenai perancangan terkini, Dato’ Seri Farizan berkata pihaknya kini melaksanakan libat urus bersama-sama komuniti berkaitan di Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan mereka berhubung apa yang diperlukan.

Sumber : Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …