KONSEP KELUARGA MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Integrasi Nasional)

Konsep ‘Keluarga Malaysia’ telah menjadi sebutan apabila ia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia dianggap sebagai satu simbol kebersamaan yang inklusif dalam menghadapi krisis akibat pandemik COVID-19. ‘Keluarga Malaysia’ jelas menunjukkan kepentingan institusi keluarga dalam menghadapi situasi yang mencabar.

Konsep ‘Keluarga Malaysia’ telah menggariskan tiga teras utama dan 20 pengkayaan nilai yang mendasari kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bekerja secara bersama-sama dalam memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik Covid-19.

Tiga teras utama yang digariskan adalah keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. Manakala antara pengkayaan nilai di bawah tiga teras ini adalah seperti berikut :
• Menyemai budaya integriti dalam keluarga
• Menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga
• Menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga
• Menjadikan amalan bermusyawarah sebagai amalan keluarga

Bersandarkan konsep ‘Keluarga Malaysia’ ini, negara akan dipacu untuk keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi, seterusnya menjamin kesejahteraan setiap penduduk di negara bertuah ini.

 

Sumber:

Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut