MINGGU GLAUKOMA SEDUNIA

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Glaukoma adalah sejenis penyakit saraf mata dan turut dikenali sebagai pencuri senyap penglihatan yang menjadi antara punca masalah kebutaan tanpa disedari. Ianya menyebabkan medan penglihatan hilang sedikit demi sedikit, sehingga semua medan penglihatan hilang dan seterusnya mengakibatkan kebutaan yang kekal. Penyakit ini sering disalah anggap sebagai faktor usia tanpa menyedari akan risikonya dan menyebabkan pengesanan lewat dilakukan.

Oleh yang demikian, Minggu Glaukoma Sedunia telah disambut pada setiap minggu ke-2 bulan Mac. Pada tahun ini, Minggu Glaukoma Sedunia telah disambut pada 6 hingga 12 Mac 2022 dengan tema ‘Dunia Itu Cerah, Selamatkan Penglihatanmu’.

Semoga sambutan Minggu Glaukoma Sedunia ini dapat meningkatkan kesedaran dan kepekaan mengenai pencegahan, rawatan dan pemulihan untuk Glaukoma. Kebanyakan penghidap Glaukoma tidak menyedarinya kerana Glaukoma tidak menunjukkan simptom. Penting untuk kita mengetahui risiko dan tanda-tanda penyakit ini lebih awal dan kita mempunyai peluang besar untuk memelihara penglihatan kita untuk tahun-tahun akan datang.

 

Sumber:

Laman Rasmi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …