PULAU PINANG: SOLAT SUNAT TARAWIH, BAZAR RAMADAN DIBENARKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menunaikan solat di masjid dan surau di Pulau Pinang ketika ini, akan turut diguna pakai untuk pelaksanaan solat sunat tarawih pada bulan Ramadan nanti.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pihaknya turut membenarkan pelaksanaan solat sunat tarawih secara berjemaah dengan bilangan lapan atau 20 rakaat pada Ramadan tahun ini.

Sementara itu bagi aktiviti moreh, Ahmad Zakiyudin berkata pengurusan masjid atau surau digalakkan untuk membungkus makanan tersebut, dengan memberikannya kepada jemaah, berbanding mengadakan majlis di kawasan masjid.

Katanya, selain itu, majlis berbuka puasa di kawasan masjid atau surau pula sekiranya diadakan, ia perlu mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dari segi jumlah kehadiran jemaah ke majlis itu.

Manakala berkenaan penganjuran bazar Ramadan di Pulau Pinang, beliau berkata, ia dibenarkan dengan mengikut SOP sedia ada yang telah ditetapkan untuk penjaja di Negeri Pulau Pinang.

 

Sumber:

BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut