MESYUARAT PENYELARASAN PERSEDIAAN BEKALAN BARANG KEPERLUAN MENJELANG MUSIM PERAYAAN DI WP LABUAN

WP LABUAN – Pengerusi Perbadanan Labuan, Ybhg. Dato’ Sri Haji Amir bin Haji Hussien telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Persediaan Bekalan Barang Keperluan Menjelang Musim Perayaan. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Sejahtera, Tingkat 10, Menara Perbadanan Labuan. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat khas hasil inisiatif Perbadanan Labuan dan KPDNHEP sebagai persediaan awal untuk mengatasi masalah bekalan barang keperluan yang acap kali terjadi menjelang setiap musim perayaan.
Mesyuarat khas ini turut melibatkan wakil-wakil dari syarikat pemborong di WP Labuan bagi mendapatkan input pemasalahan oleh pemborong selain wakil agensi kerajaan dari FAMA Labuan, Pejabat Perikanan Negeri WP Labuan, Jabatan Veterinar Labuan, Lembaga Petubuhan Peladang Labuan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Cawangan WP Labuan dan Jabatan Pertanian WP Labuan.
Dato’ Sri Pengerusi PL menyeru agar penglibatan setiap agensi secara inklusif amatlah diperlukan demi memastikan permasalahan ini dapat ditangani dengan lebih sistematik dan teratur memandangkan ini merupakan pemasalahan yang bukan baharu di WP Labuan. Dato’ Sri Pengerusi PL juga meminta pemantauan harga barangan ini dijalankan secara teliti bagi menjamin harga bekalan tidak dinaikkan sesuka hati dan membebankan warga WP Labuan.
Sumber: PERBADANAN LABUAN
Foto: PERBADANAN LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …