MACHANG – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD) Machang telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Jajahan Machang semalam, 2 Mac 2022.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Jajahan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, Tuan Haji Nik Hasanuddin bin Nik Hussain dan dihadiri oleh beberapa agensi lain seperti PDRM, ATM, Pejabat Penerangan Daerah, AADK dan Pejabat Kesihatan Daerah Machang.
Mesyuarat membincangkan situasi semasa Daerah seperti situasi terkini COVID-19, kes jenayah, senario pengagihan dadah semasa dan merancang gerak kerja bagi menangani isu-isu tersebut.




