PERSIDANGAN PENDAKWAAN DAN PENGUATKUASAAN ATIPSOM ANTARA JABATAN PEGUAM NEGARA DAN AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN BAGI TAHUN 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

George Town – Telah berlangsungnya Persidangan Pendakwaan Dan Penguatkuasaan (Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran) ATIPSOM Antara Jabatan Peguam Negara Dan Agensi-Agensi Penguatkuasaan Bagi Tahun 2022 di Grand Ballroom, Level 2, G Hotel George Town Pulau Pinang pada 1 Mac 2022. Persidangan yang dianjurkan dengan kerjasama di antara Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Peguam Negara ini, dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan.

Turut hadir bersama ke persidangan adalah adalah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, Setiausaha MAPO Syuhaida Abdul Wahab Zen dan Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam Jabatan Peguam Negara, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim.

Sedikit perkongsian maklumat berkaitan Definisi Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran 2007 menerusi Laman Web Rasmi Kementerian Dalam Negeri:

Pemerdagangan orang ertinya segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang, manakala,

Penyeludupan migran ertinya mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana Negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut di atas. (Seksyen 2 Akta ATIPSOM 2007)

 

Sumber gambar:

Laman Facebook PDRM Pulau Pinang

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut