PDRM PERHEBAT PERANGI JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG, PENYELUDUPAN MIGRAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 1: KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH  (Pencerobohan & Pembolosan Sempadan)

GEORGETOWN, 01 Mac 2022: Berdasarkan laporan ‘Trafficking In Persons Report’ yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat, Malaysia kini berada pada kedudukan Tier 3. Justeru itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menyasarkan pencapaian penilaian Tier 1 atau 2 dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dalam laporan ‘Trafficking In Persons Report’ tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hasan berkata, PDRM kini sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran ke Tier 1 atau 2 dalam tempoh terdekat dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Usaha tersebut dilaksanakan dengan kerjasama agensi di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Peguam Negara dan lain-lain agensi.

Pengarah JSJ memakkumkan perkara tersebut selepas merasmikan Persidangan Pendakwaan dan Penguatkuasaan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) antara Jabatan Peguam Negara dan Agensi-agensi Penguatkuasaan Tahun 2022. Turut hadir bersama adalah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, Setiausaha MAPO Syuhaida Abdul Wahab Zen dan Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam Jabatan Peguam Negara, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim.
Didapati bahawa taraf kedudukan Malaysia telah diturunkan ke kedudukan Tier 3 oleh Amerika Syarikat dalam Laporan-Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang (US Tip Report) 2021. Menurut laporan yang dikeluarkan itu, kerajaan Malaysia tidak memenuhi standard minimum berdasarkan Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan 2000 (TVPA) AS.

Menurut Pengarah JSJ itu lagi, PDRM telah membentuk strategi dalam usaha membanteras jenayah itu antaranya membanteras eksploitasi kerja paksa selari dengan laporan ‘US TIP Report’. PDRM juga akan memperkasakan pengurusan siasatan kes-kes yang melibatkan jenayah tersebut. Aktiviti penyeludupan migrain dalam negara sentiasa menjadi tumpuan PDRM selain akan meningkatkan tindakan di bawah jenayah terancang terhadap sindiket pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

PDRM melaporkan bahawa sejumlah 112 serbuan dijalankan melibatkan tangkapan seramai 228 orang di bawah kesalahan jenayah pemerdagangan orang sepanjang tahun 2021. Hasil serbuan yang dijalankan seramai 448 orang berjaya diselamatkan serta memperoleh Perintah Perlindungan Sementara (IPO) manakala 119 daripadanya telah memperoleh Perintah Perlindungan (PO).

Manakala kesalahan jenayah penyeludupan migran pada 2021 pula sebanyak 217 serbuan telah dijalankan dengan jumlah tangkapan 378 penyeludup membabitkan 1,873 migran. Menurut PDRM lagi, sejumlah 13 serbuan dengan 19 tangkapan. Seramai 37 orang telah diselamatkan serta memperoleh IPO dan Dalam tempoh sama, sebanyak 24 serbuan telah dijalankan dengan 44 penyeludup ditangkap membabitkan 231 migran

Berdasarkan Ops Benteng yang dijalankan sebelum ini, pihak PDRM turut mendapati antara migran yang menceroboh pintu sempadan negara adalah dari Indonesia dan pelarian Rohingya. Kebanyakan mereka menggunakan laluan laut untuk masuk secara haram ke negara ini. Ketika pandemik, pintu sempadan negara ditutup dan ramai yang memasuki negara melalui lorong tikus melalui laluan laut.

PDRM juga mengeluarkan amaran terbuka kepada sindiket yang terlibat dengan jenayah ini supaya tidak cuba untuk menceroboh sempadan negara kerana PDRM akan memastikan tindaka tegas dikenakan sekiranya ditahan.

 

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut