PROGRAM CERAMAH KESEDARAN DAN PAMERAN DADAH PERINGKAT 2 DIVISYEN DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Dadah)

PULAU PINANG – Ceramah Kesedaran dan Pameran Dadah Peringkat 2 Divisyen telah dilaksanakan pada 25 Februari 2022 bertempat di 2 Rej KPTD, Kem Sg. Ara yang melibatkan seramai 25 pegawai dan 120 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dari pasukan bawah naungan 2 Divisyen.

Program ini melibatkan kerjasama di antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pulau Pinang. Objektif program adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada warga 2 Div didalam menangani penyalahgunaan dadah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang mampu menjejaskan prestasi kerja dan imej ketenteraan.

Program dimulakan dengan ceramah dari Pegawai AADK Cawangan Barat Daya Pulau Pinang, Encik Ariff Fadzli bin Sani dan diakhiri dengan pameran dadah dan barang terlarang. Program yang berpaksikan teras Integriti ini bertepatan dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 dalam Tonggak Kedua iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

 

Sumber:

Laman Facebook Markas 2 Divisyen

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …