POLIS MARIN LABUAN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP AYAM SABUNG

WP LABUAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan berjaya menahan seorang lelaki bersama beberapa ekor ayam sabong dalam keadaan mencurigakan di Jalan Persisir Pantai Kampung Nagalang.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Persekutuan Labuan, Asistan Superintenden Saidul Maruf Rosli berkata, lelaki tersebut yang berumur 45 tahun ditahan bersama kenderaanya di kawasan berkenaan.

“Polis Marin merampas beberapa ekor ayam sabung serta sebuah kenderaan dengan nilai rampasan berjumlah RM85 ribu,” jelas beliau.

Katanya, hasil pemeriksaan menjumpai beberapa buah kotak yang berisi ayam jantan disyaki jenis sabung dipercayai ingin di bawa ke Sabah dan kes disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan, sebarang maklumat jenayah rentas sempadan boleh disalurkan terus ke PPM Sabah bagi memastikan kesalahan-kesalahan yang melanggari undang-undang negara dapat dibendung seterusnya mengekalkan keamanan dan keselamatan.

Sumber: AirTimes

#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …