TIMUR LAUT PULAU PINANG DILANDA RIBUT

TIMUR LAUT, 24 Februari 2022 –  Kejadian ribut telah berlaku di Lintang Paya Terubong, Ayer Hitam, Daerah Timur Laut pada petang 23 Februari 2022 (Rabu). Kejadian tersebut telah menyebabkan beberapa pokok tumbang dan beberapa rumah rosak. Walau bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini tetapi pemantauan di lokasi masih diteruskan. Pasukan penyelamat telah bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dengan bencana tersebut dan difahamkan keadaan kembali terkawal menjelang malam.

#KeluargaMalaysia

#bencana

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …