OPERASI BAZAR AIDILFITRI LORONG TAR BEROPERASI SEPERTI BIASA

BAZAR Aidilfitri di Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR), yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan beroperasi seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata pihak DBKL akan melonggarkan sedikit kawalan SOP di tapak bazar berkenaan berbanding penganjurannya pada tahun lepas.

“Tahun ini, kita tetap buat kawalan SOP namun tidak terlampau ketat seperti pemasangan pagar pada tahun lepas.

“Namun, pemakaian pelitup muka, mengimbas MySejahtera dan menetapkan penjarakan fizikal antara gerai penjaja tetap dilaksanakan,” katanya pada pemberita selepas melancarkan Karnival Ohh Kuala Lumpur 2022 di Panggung Anniversari, di sini, hari ini.

Bazar Aidilfitri di Lorong TAR menyediakan kira-kira 216 petak niaga dan bakal beroperasi selama sebulan bermula 1 Ramadan ini.

Mahadi berkata walaupun terdapat kelonggaran SOP, pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya berlaku ketidakpatuhan sehingga berlakunya penularan COVID-19 di kawasan tersebut.

“Kalau berlaku pada tahap perlu ditutup maka kita terpaksa menutupnya. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama dalam mematuhi SOP dan tidak menjadi punca kepada penyebaran kluster baharu,” katanya.

Tambahnya, DBKL juga sedang menguruskan permohonan daripada persatuan penjaja yang berhasrat mengadakan bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Mahadi berkata penganjuran Karnival Ohh Kuala Lumpur 2022 bertujuan menerapkan konsep perpaduan dan persefahaman di antara warga kota yang berbilang kaum selain menyahut seruan kerajaan bagi menyediakan aktiviti dan program bersesuaian dengan norma baharu untuk warga kota.

“Ia juga dapat mengaktifkan aktiviti pelancongan domestik sekali gus menarik minat warganya ke ibu kota untuk turut serta,” katanya.

Karnival Ohh Kuala Lumpur 2022 berlangsung selama dua hari bermula hari ini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan sambutan Jubli Emas Bandaraya Kuala Lumpur 2022 dengan pelbagai program yang dianjurkan antaranya pertandingan KUL Sign Grafiti, Mr Fit Kuala Lumpur, Mini Konsert HWP 2022, e-sukan, kolaj pakaian dan aktiviti keceriaan kanak-kanak.

 

SUMBER: WILAYAHKU https://www.wilayahku.com.my/

Artikel/Berita Terkini

AHLI PERNIAGAAN 30-AN RUGI HAMPIR RM1 JUTA

Seorang ahli perniagaan dalam bidang perkakasan mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas dipercayai ditipu sindiket tawaran perniagaan dalam talian yang …
Maklumat Lanjut

6 PELATIH PUSPEN JELEBU LARIKAN DIRI, SEORANG DITANGKAP SEMULA PAGI TADI

Polis mengesahkan seorang daripada enam pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu yang melarikan diri dari pusat berkenaan semalam, berjaya …
Maklumat Lanjut

LAGI KES KEMALANGAN DISEBABKAN LANGGAR LAMPU ISYARAT MERAH DI SENAWANG

Selepas sebulan, berlaku lagi kemalangan disebabkan melanggar lampu isyarat merah di Matahari Height di Senawang di sini Isnin lalu. Video …
Maklumat Lanjut