MESYUARAT PERSIAPAN PRN DUN JOHOR 2022 BERSAMA AGENSI

JOHOR BAHRU, 26 Januari 2022 – YDH CP Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat, Ketua Polis Johor telah mempengerusikan Mesyuarat Persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor 2022 Bersama Agensi Luar di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. Mesyuarat tersebut diadakan untuk mengkoordinasikan kerjasama di antara PDRM dengan agensi-agensi terlibat dalam penugasan PRN DUN Johor. Satu Pasukan Khas Pemantau Prosedur Operasi Standard (SOP) PRN akan diwujudkan dengan penyertaan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Negeri Johor, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor, Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Johor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor dalam memastikan proses PRN berjalan dengan lancar dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Turut hadir YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, YDH DCP Dato’ Khaw Kok Chin, Timbalan Ketua Polis Johor, YBHG. Tuan Nor Nekman bin Jemain, Pengarah SPR Johor, EN Mohd Farid bin Uyop, Penolong Pengarah 1 MKN Johor, EN Saifulizan bin Sharifiddin, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Tempatan Negeri Johor, PN Nor Hasny Dewi bt Abd. Rahman Ketua Cawangan Operasi RELA Johor, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Johor serta Ketua-ketua Polis Daerah Johor.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut