PESONA NOGORI : TAMPIN WATERPARK

   

Tampin Waterpark ini terletak kira-kira 46 kilometer dari bandar Seremban dan 44 km dari Melaka, kawasan berkenaan terletak berhampiran Gunung Tampin, yang sering menjadi tumpuan para pendaki baik dalam mahupun luar negara.

Tampin Water Park merupakan kawasan menarik untuk berehat bersantai bermandi manda bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tampin Waterpark ini ada 4 kolam yang mempunyai kedalaman yang berbeza iaitu bermula dari satu kaki hingga tujuh kaki. Istimewanya kesemua kolam berkenaan ialah, ia menggunakan air bukit, yang telah dirawat dan selamat untuk aktiviti mandi-manda.

Keunikkan di sini selain mandi-manda, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti jungle trekking, memanah, paintball mengikut pakej-pakej yang disediakan sesuai untuk aktiviti keluarga.

Antara kemudahan yang terdapat disini ialah gerai makanan, surau ,tempat mandi ,chalet , taman tema air dan banyak lagi.

   
Sumber : FB Perpateh TV

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut