RONDAAN DAN PEMANTAUAN SKUAD AMANITA IPD REMBAU, NEGERI SEMBILAN

   

Skuad AMANITA Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau telah membuat rondaan dan pemantauan dalam usaha merapatkan hubungan polis wanita dan masyarakat terutamanya kaum wanita.

Hari ini, Skuad AMANITA IPD Rembau yang diketuai oleh Inspektor Ramlah binti Alidin yang juga merupakan Ketua Polis Balai Rembau bersama (2) anggota Skuad AMANITA IPD Rembau iaitu Koperal Nuraini binti Abdullah dan Koperal Isma Norhanis binti Ismail telah membuat rondaan dan pemantauan di beberapa kawasan dalam daerah Rembau.

Semasa lawatan dan rondaan ini, Skuad AMANITA IPD Rembau telah berjumpa dengan penduduk sambil menerangkan mengenai AMANITA dan berkongsi maklumat mengenai kejadian jenayah, masalah rumah tangga, dan sebagainya. Selain itu Skuad AMANITA juga berusaha mendapatkan maklumat daripada suri rumah dan juga kaum wanita serta memberikan tips-tips pencegahan jenayah.

Sumber : FB IPD Rembau

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …