Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menyambut ulang tahun penubuhan ke-17 semalam berjaya merekodkan hasil rampasan, lelongan, kompaun dan denda berjumlah RM2.7 bilion sejak penubuhan agensi itu. Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata jumlah tersebut meliputi penguatkuasaan terhadap bot nelayan asing, pendatang tanpa izin, penyeludupan dadah, rokok, ketum serta barangan kawalan lain.
Beliau berkata APMM turut mengkoordinasikan 2,428 operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) yang melibatkan 10,077 mangsa dan lebih RM650 juta nilai harta benda diselamatkan.
Dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-17 APMM di Pusat Hidrografi Nasional Pelabuhan Klang semalam, Anggota Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR) APMM turut melakukan pertunjukan menggunakan aset-aset ketenteraan air dan udara.


Sumber berita:
Sumber gambar:
#APMM
#KeluargaMalaysia