GEORGE TOWN, 15 Februari 2022 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP) telah mengadakan Majlis Ikrar Aku Janji pada 14 Februari 2022 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat MKNPP. Majlis tersebut dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan MKNPP.
Dalam majlis tersebut, turut diadakan adalah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan seterusnya Mesyuarat Pengurusan MKNPP bagi bulan Februari. Pengarah MKNPP, Tuan Nazrul Fazami bin Mohamad dalam ucapan beliau memberi penekanan kepada warga MKNPP agar sentiasa teliti, komited dan efisien dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan serta mengamalkan semangat kerja berpasukan.
#KeluargaMalaysia
#mknpulaupinang