SOP KETAT SEPANJANG SIDANG DUN BERMULA 28 FEBRUARI INI

AYER KEROH 9 Feb – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan berlangsung selama empat hari bermula 28 Feb hingga 3 Mac depan, seperti dirancang kata Speaker DUN Datuk Wira Ibrahim Durum.

Beliau berkata, persidangan kedua penggal kelima itu akan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam, dijangka bermula 9.30 pagi akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Soalan-soalan daripada wakil rakyat sama ada lisan dan bertulis sudah saya terima dan kini dalam penelitian ada kaitan atau tidak untuk dibawa ke DUN pada hari persidangan nanti.

“Ujian RTK (Antigen Rapid Test Kit) juga perlu dilakukan sebelum persidangan dan kita perlu lebih berhati-hati serta berjaga-jaga agar tidak timbul kluster,” katanya ketika dihubungi.

Ibrahim berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), kakitangan berkenaan dan juga petugas media diwajibkan untuk membuat ujian RTK tiga hari sebelum sesi persidangan berlangsung.

Sumber : Melaka Hari Ini

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …