PICKids PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Pulau Pinang, 8 Februari 2022 –  Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) Peringkat Negeri Pulau Pinang telah bermula semalam bertempat di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Seri Puteri, Jalan Residensi, Georgetown, Pulau Pinang. Ucapan tahniah kepada ibu bapa yang telah menyahut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar anak-anak diberikan Vaksin COVID-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022. Jenis vaksin yang digunakan adalah vaksin mRNA, Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech). Hasil dapatan kajian klinikal vaksin ini menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7% serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19.
Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua (2) suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan (8) minggu selepas dos pertama. Berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa lapan (8) minggu di antara dua (2) dos yang diberikan akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama.
Sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera telah mula dibuka pada penghujung Januari 2022. Sebagai permulaan, ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera mereka.
Sumber berita dan gambar:
Laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …