PAMPASAN 60 PERATUS BUAT JEMAAH TERPAKSA TANGGUH UMRAH

 

KOTA BHARU, 07 Februari 2022 – Kerajaan akan membayar pampasan antara 50 hingga 60 peratus kepada jemaah yang terpaksa menangguhkan umrah sepanjang penutupan sementara selama sebulan mulai 8 Januari lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pampasan berkenaan akan dibayar oleh Lembaga Tabung Haji (TH) kepada bakal jemaah berkenaan.

Mana-mana individu yang terkandas daripada menunaikan umrah dan mengalami kerugian boleh hadir di mana-mana pejabat TH terdekat dengan membawa dokumen berkaitan.

TH akan mengagihkan bayaran pampasan berkenaan dengan peruntukan disediakan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad dilaporkan berkata, walaupun tidak dapat memberikan pampasan penuh, namun kerajaan berharap ia sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan.

 

 

Sumber : HMETRO.COM.MY

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …