MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2022

KOMTAR, 24 Januari 2022 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Tahun Baharu Cina Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 telah diadakan pada hari ini bertempat di KOMTAR, Pulau Pinang. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dato’ Law Choo Kiang, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ini turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi Persekutuan serta Negeri. Antara yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang, Jabatan Penyiaran Negeri Pulau Pinang, Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Dua (2) orang pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang juga telah dijemput hadir mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tersebut diadakan untuk menyelaraskan Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan Tahun Baharu Cina 2022 yang telah dikemaskini pada 20 Januari 2022, di samping membincangkan tugas dan peranan setiap agensi yang terlibat. Orang awam boleh merujuk pautan https://asset.mkn.gov.my untuk mengetahui perincian SOP Tahun Baharu Cina 2022 dengan lebih lanjut.

Sehubungan itu, orang awam terutama masyarakat Cina yang akan meraikan sambutan ini dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang berkuatkuasa agar rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan.

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …