PERJUMPAAN YDH KPD BRICKFIELDS BERSAMA PENGERUSI-PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK DAERAH BRICKFIELDS

KUALA LUMPURYDH ACP Amihizam bin Hj. Abdul Shukor, Ketua Polis Daerah Brickfields telah menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Pengerusi-pengerusi Persatuan Penduduk Daerah Brickfields yang telah diadakan di Dewan Latihan Utama, Tingkat 7, IPD Brickfields pada 21 Januari 2022.

Turut hadir, YDH Supt. Basri bin Sagoni, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, DSP Seah Chong Seng, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, DSP Annasmahyudin bin Abdul Wahab, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ketua-ketua Bahagian / Ketua Cawangan, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis IPD Brickfields dan seramai 42 orang Pengerusi Persatuan Penduduk Daerah Brickfields.

Perjumpaan ini bertujuan untuk menyampaikan amanat Ketua Polis Kuala Lumpur mengenai kolaborasi antara PDRM, persatuan penduduk bersama NGO. Turut disampaikan mengenai trend jenayah semasa serta langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya dapat diambil. Turut dibincangkan mengenai program pencegahan jenayah serta segala bentuk kerjasama bersama persatuan penduduk dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya komunikasi dua hala. Perjumpaan berlangsung dengan jayanya.

 

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …