PENYERAHAN SURAT TAWARAN UNIT TRANSIT KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI SETAPAK JAYA

KUALA LUMPUR, 18 JANUARI 2022 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menyerahkan surat tawaran unit transit kepada kesemua mangsa-mangsa kebakaran yang telah berlaku pada 16 Januari 2022 di Perumahan Awam Setapak Jaya 1A.

Surat tawaran ini telah diserahkan kepada kesemua mangsa yang terlibat oleh En Ismadi bin Sakirin, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL. Kesemua mangsa telah ditawarkan unit sementara di kawasan perumahan awam yang sama bagi memudahkan urusan pemindahan mereka dan kedua-dua unit ini boleh dimasuki mulai 20 Januari 2022.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …