
Pengarah JPJ Negeri Sembilan, YBrs. Tuan Hanif Yusabra Bin Yusuf, telah mengadakan pemantauan mengejut ke Institut Memandu Inmaju di Seremban. Pemantauan ini dibuat bagi meninjau pengoperasian institut memandu tersebut di samping memantau pematuhan SOP berkaitan Covid-19 di premis berkenaan sepertimana ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Turut hadir Ketua Seksyen Pengujian/Naziran JPJ Seremban, Tuan Basharudin Bin Hashim.

Sumber : Laman FB JPJ Negeri Sembilan



