PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP SEMPENA PERAYAAN THAIPUSAM

Alor Gajah – Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah, IPD Alor Gajah dan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Melaka telah menjalankan pemantauan pematuhan SOP sempena perayaan Thaipusam di
Kuil Sri Bala Thandayuthabani, Simpang Ampat, Alor Gajah.
Pemantauan diadakan bagi memastikan SOP dipatuhi dan dilaksanakan sepanjang aktiviti di kuil tersebut dijalankan dan sekali gus mengekang penularan wabak pandemik COVID-19.
Kolaborasi erat antara agensi dan kerjasama padu pengurusan Kuil memudahkan usaha pematuhan SOP bagi mengurangkan risiko jangkitan covid di musim perayaan.
Pada 16 Januari 2022, negeri Melaka mencatatkan kes harian baharu iaitu 144 dan menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 negeri Melaka sebanyak 78,661 kes.
Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
#KeluargaMalaysia
#MKNMelaka
#PerayaanThaipusam

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …