KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 13 JANUARI 2022 – Ybrs. En. Mohd Yusri Bin Yusof, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Terengganu mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin B. Tengku Abdul Jalil di Wisma Darul Iman, pada 9 Januari 2022, Ahad yang lalu.
       Pertemuan itu bertujuan bagi mengeratkan hubungan dan menjalin kerjasama strategik antara kedua-dua pihak serta memperkasakan peranan Majlis Keselamatan Negara, Negeri Terengganu dalam menangani isu berkaitan keselamatan dan menjaga ketenteraman awam Negeri Terengganu. Selain itu juga, pertemuan tersebut bagi menerangkan kepada YBM Tengku mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Geraksaraf dan Perangsaraf Negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh YBM Tengku untuk masa yang akan datang.
      Selesai perjumpaan tersebut, YBM Tengku dan juga PKN Terengganu bersama-sama hadir ke Majlis Amanat SUK Terengganu Tahun 2022 yang dihadiri oleh pengarah-pengarah Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …