KOMITED UNTUK PASTIKAN KUALA LUMPUR BEBAS ASAP ROKOK

Satu Retreat Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok (KLBAR) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah berlangsung dari 7 hingga 9 Januari 2022 di The Hatten, Melaka. Anggota retreat ini terdiri daripada pelbagai jabatan dalaman DBKL, agensi-agensi, pihak swasta dan NGO yang berkaitan untuk mengumpul maklumat serta ‘input’ bagi memastikan Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok tercapai.

Di bawah salah satu Program LA21, KLBAR ini khusus tumpuannya untuk membantu kerajaan bagi menangani bandar raya Kuala Lumpur menuju ke arah bebas asap rokok. Komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta adalah amat tinggi dan berharap agar segala pandangan, cadangan serta hala tuju dapat dilaksanakan demi kebaikan bersama khususnya untuk warga Kuala Lumpur.

Retreat ini turut dihadiri bersama YBhg. Datuk Kamarulzaman bin Mohd Salleh, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL. Beliau turut berkongsi pendapat dan berharap agar anggota yang terlibat dalam Jawatankuasa KLBAR ini dapat bergerak ke hadapan dengan jayanya.

Adalah menjadi harapan daripada retreat KLBAR ini agar aktiviti dan kempennya kelak disokong oleh warga Kuala Lumpur.

 

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut