MISI BANTUAN PASCA BANJIR OLEH SUKARELAWAN JPM

Misi Bantuan Pasca Banjir oleh sukarelawan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Kelab Kebajikan & Sukan JPM diteruskan lagi pada 6 Januari 2022 dengan melibatkan seramai 60 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan JPM dan Jabatan serta Agensi di bawahnya iaitu Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Para sukarelawan pada hari ini telah membersihkan lima buah rumah dan sekitar Jalan Mohd Nor Zabidin, Kg. Baru, Bentong, Pahang. Selain itu, para sukarelawan turut menyampaikan sumbangan sebanyak 60 bungkus barangan makanan food bank JAWI kepada isi rumah yang terjejas.

SUMBER: FB JABATAN PERDANA MENTERI https://www.facebook.com/Jab.PerdanaMenteri

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …