JOHOR BAHRU, 24 Disember 2021 – YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hasni bin Haji Mohammad telah mempengerusikan Taklimat Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) bagi Negeri Johor di Saujana, Johor Bahru. Taklimat tersebut disampaikan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
Pengalaman menghadapi bencana banjir pada tahun – tahun sebelum ini dijadikan pengajaran dalam memperbaiki aspek pengurusan untuk menghadapinya, terutamanya dalam mendepani situasi luar jangka pada tahun ini. Sehubungan itu, semua pihak terlibat akan membuat persiapan lebih rapi serta mengukuhkan lagi komunikasi serta sebaran awal kepada rakyat.
Sekiranya berlaku banjir, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah sepatutnya, termasuk berpindah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor