Pulau Pinang, 28 Disember 2021 – Satu sesi kunjungan hormat oleh YBrs. Tuan Nazrul Fazami bin Mohamad, Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Pulau Pinang (MKNPP) ke atas YDH ACP Mohd Radzi bin Ahmad, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) pada 27 Disember 2021. Turut hadir menemani Pengarah di dalam kunjungan itu adalah DSP Ahmad Hamdi bin Jamaluddin, Penolong Pengarah (Polis) MKNPP.
Sesi kunjungan tersebut adalah bagi membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan keselamatan di Daerah Seberang Perai Utara dan kerjasama strategik diantara MKNPP dan IPD SPU untuk tahun 2022.
#MKN50