Kementerian Wilayah Persekutuan dan Agensi mengagihkan sejumlah 200 bakul makanan buat mangsa banjir di Pahang hari ini. Sebanyak 87 bakul makanan diberi kepada mangsa banjir di PKOB Bentong dan sebanyak 113 pula di beberapa kawasan tumpuan iaitu Kg. Teroh, Taman Karak Indah dan Taman Wijaya.
Diharap bantuan ini sedikit sebanyak membantu untuk tempuh hari mendatang. Kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan Masjid Kg Karak Setia giat dijalankan berbaki kudrat dan semangat dari sukarelawan di sini.
SUMBER: FB KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/KemWP