PASCA BANJIR @ KUALA LUMPUR – DATUK BANDAR BELUM PUASHATI

KUALA LUMPUR, 26 DISEMBER 2021- Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah menyatakan pada malam ini bahawa beliau masih belum berpuashati dengan tahap pembersihan pasca banjir di Kuala Lumpur.Hasil tinjauan beliau lebih 3 jam pada malam 26 Disember 2021 di beberapa lokasi yang ditenggelami banjir tempohari mendapati masih banyak longgokan sampah yang tidak dibersihkan.

 

Longgokan sampah didapati adalah sampah lama dan bukan baharu dan ini meyakinkan beliau bahawa tindakan pembersihan masih belum menyeluruh. Beliau meminta pihak-pihak yang terbabit khususnya kontraktor pembersihan untuk lebih aggresif dan pantas melakukan tindakan pembersihan. Sampah-sampah tersebut bukan sahaja sampah domestik dan pukal tetapi juga di tebing-tebing sungai. Aset dan tenaga kerja DBKL telah membantu tetapi beliau kesal tindakan pembersihan masih perlahan. Ini tidak sepatutnya berlaku di sebuah bandaraya menurut beliau.

 

Kawasan-kawasan yang ditinjau oleh beliau adalah di sekitar Jalan Tiong Nam, Jalan Kassipillay dan Jalan Kg. Pasir, Lembah Pantai. Beliau turut meninjau semula ke kawasan cerun yang runtuh di Kondominium Seri Duta 1 dan Bangsar Indah bagi mendapatkan maklumat dan tindakan terkini.

 

Beliau berharap tindakan pembaikan segera dapat dilaksanakan di kedua-dua kawasan yang terbabit. Beliau mengakhiri tinjauan pada jam 12:30 tengah malam tadi.

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR  https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …