?? ????? : ?????? ????? ???????? ???? – ????? ??? ???? ? ????? ??????? ???????? ??? ???????????? ???

TEMERLOH, 23 Disember 2021 – β€˜Ibarat lilin membakar diri’ begitulah ungkapan yang menggambarkan pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh anggota tentera yang berkhidmat di Kem Batu 3, Temerloh apabila bencana banjir yang melanda daerah tersebut turut menenggelamkan hampir keseluruhan kem serta 36 buah rumah didalamnya dan mengancam 186 keluarga anggota tentera di kem tersebut.
Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim bersama Panglima 4 Briged (Mekanise), Brig Jen Dato’ Zahari Mohd Ariffin turut turun padang ke Temerloh pada hari ini bagi memantau perlaksanaan OP MURNI yang dikoordinasikan oleh Briged Keempat Infantri Malaysia (Mekanise) – (4 Bgd (Mek)) termasuk menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada keluarga anggota tentera Kem Batu 3.
Seramai 13 orang pegawai serta 211 orang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bersama 9 buah bot dan 22 buah trak telah diaturgerak oleh 4 Bgd (Mek) ke 9 daerah di Pahang dalam perlaksanaan OP MURNI tahun ini termasuk menempatkan 12 orang Pegawai Perubatan dan 40 orang anggota perubatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengesan dan merawat jangkitan bawaan air
Disamping membantu memindahkan mangsa banjir ke Pusat Pindahan Sementara (PPS) dan mengagihkan bantuan makanan serta keperluan asas, Pasukan 4 Komp KPD (Mek) turut membantu menyediakan makanan sehingga 800 pax bagi keperluan di PPS serta penduduk terjejas
Sebelum itu, Panglima 3 Divisyen turut meluangkan masa melawat 450 orang mangsa banjir di PPS di Sek Keb Bunut Rendang, Kuantan yang dikendalikan oleh 12 RAMD (Mek) bersama Jabatan Kebajikan Masyarat Kuantan.
Sumber : Laman Facebook Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia